Saturday, May 28, 2011

Lawak 1


WASIAT NENEK MINAH

Nenek Minah telah lama terlantar di hospital akibat sakit tua. Dalam keadaan dia yang semakin teruk itu, keluarganya tidak dapat berbuat apa. Suatu hari, keluarganya memanggil Pak Din untuk membacakan doa buat nenek Minah. Tetapi makin lama doa dibaca, kelihatan nenek Minah termengah-mengah, mungkin terlalu sakit.

Dalam keadaan yang tidak terdaya itu, nenek Minah meminta cucunya, Aiman, sekeping kertas dan sebatang pen. Aiman segera mendapatkannya. Kemudian nenek Minah mencatat sesuatu di atas kertas tersebut dan kemudiannya menyerahkan kepada Pak Din.

Pak Din menganggap kertas itu adalah wasiat terakhir dari nenek Minah. Tidak elok dibaca ketika hayat orang tua itu masih ada. Lalu kertas tersebut dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Beberapa jam kemudian, nenek minah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pak Din turur menguruskan jenazah arwah nenek Minah. Selepas selamat dikebumikan, tiba-tiba Pak Din teringat kertas yang diberikan oleh nenek Minah sebelum orang tua itu menghembukan nafasnya yang terakhir.

"DIN....KAU JANGANLAH PIJAK SALURAN OKSIGEN AKU NI. SEMPUT AKU TAK BOLEH BERNAFAS!"


No comments:

Post a Comment