Friday, June 10, 2011

Pak cik tu..!~

Hari2 aku menjenguk abahku di hospitall...
dan secara tak lansung aku menjenguk pak cik & mak cik yg romantik tu..

Rabu (08/06/2011)...
aku sampai ke hospital dalam pukul 7 dari pukul 5 ku bertolak dari ofis disbbkn jam & accident..
dalm tengah2 sembang dgn abah & mamaku, ku bertanya pada mama
"ma..pak cik tu cmne? masih panggil2 makcik lagi ke cm aritu?"
pastu mamaku menjwb..
"owh..cube adik jenguk dia, tadi mak cik tu ckp pak cik tu demam"
lalu..aku pun keluar dari bilik abah dan ke bilik pak cik tu dgn bwk skit buah tangn untk mak cik ..
kebetulan anak lelaki dgn isterinya ada di situ...
aku pun menyapa dan salam mak cik ,anak & menantu dia..
aku tanya khabar pak cik kt mak cik..
mak cik tu ckp pak cik demam..
pak cik dah tak panggil2 dah mak cik..
dia banyk tdo..mungkin sbb demam..
ok la..aku pun memberi buah tangn dan beredar dari situ..

Khamis (09/06/2011)..
hari khamis aku ke hospital awal skit..
sbb aku xnk hadapi jam lagi seperti semlmnya..
aku menjenguk lagi pak cik tu...
YA ALLAH! pak cik tu sudah tukar bilik lain..
dan kali ni dia dalam keadaan nazak!
nafasnya tercungap-cungap..
hanya akan member reaksi dgn menutup mulutnye bila mak cik membasahkn bibirnya dgn kapas..
tiba2 hati aku sebak..
baru selasa hari tu aku mendgr suara pak cik tu memanggil mak cik tu "sayang..marilah"
hari ni aku nmpk dia dalam keadaan yg tak bermaya...
aku tengok mak cik tu masih mampu senyum...
dlm hatiku berkata "cekal sungguh hati mak cik ni, masih tak nampk dia mengalirkn air mata"
aku tak sanggup lagi tgk keadaan pak cik tu..
lalu aku beredar dan cerita pada kedua ibu bapaku..
sungguh tabah mak cik ni..

Jumaat (10/06/2011) hari ni..
Aku baru pulang dari hospital ketika aku menaip blog ni...
hari ini aku menjenguk abahku lagi..
apabila aku tergerak ati nk menjenguk pak cik tu..
tiba2 mak cik tu datang ke bilik abah ku..
mungkin dia nk melawat agaknya..
tiba2 mak cik ckp dia nk balik perak dah..
doktor & nurse suruh bawak pak cik balik..
sempat la mamaku dan mak cik tu bertukar no hp..
mana la tahu lepas ni mahu berhubung kan..
mak cik cakap dia tgh kemas2 barang dan lpas dia nk bagi pak cik minum susu..
dia nak bawak balik pak cik..ank sedaranya datang menjemput..
aku & mamaku nk menjenguk la pak cik tu sebelom dia pulang..
dalam 15 minit mak cik tu beredar kami pun pergi la tgk pak cik tu..
skali dgn abahku pergi menjenguk..
keadaan pak cik tu sudah nazak..
nafasnya tercungap-cungap..
heart beat dia pun <50..sangt lemah..
tibe2 mama dpt phone call..
mama kuar bilik pak cik tu..
dlm 10 minit aku & abah pun keluar sbb nak anta abahku ke bilik sbb dia tak larat nk berdiri lama2...
lpas hantar abahku..aku ke mamaku..lpas mama dah end call...
kami masuk balik ke bilik pak cik tu..
dan.. YA ALLAH! pak cik dah TAKDA..innalillahiwainnailaihirojiun..
tbe2 air mata aku menitik ke pipi..
tapi mak cik masih tak menangis..
mungkin dalam hati dia tengah meraung..siapalah tahu kn..
dokor dtg untk check..
dan lpas tu nurse dtg untk menguruskn pak cik tu..
pengurusan jenazah dilakukn pihak hospital..
mandikn,kapankn jenazah dan sembahyangkn jenazah dilakukn di hospital..
malam ni jenazah pak cik akan dibawak balik ke perak..
dan insha-allah jenazah akan dikebumikan esok pagi..

marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pak cik tu..semoga rohnya disemadi & ditempatkan di kalangan org2 yang beriman..Amin ya robbana a'lamin..

*masih terngiang2 suara pak cik tu memanggil mak cik tu "sayang..marilah" pada hari selasa hari tu..



No comments:

Post a Comment