Wednesday, June 8, 2011

pengalaman hari pertama menjaga abah



hari ini aku mula balik praktikal slpas 2 hari cuti menjaga abah..
tukar syif ngn mama..hehe..
jumaat-ahad aku akan ganti mama menjaga abah balik
harap2 abah cepat sembuh dan boleh balik rumah=)

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi operation berjalan dgn lancar..
pada hari isnin, abah dimasukkan ke dalm bilik operation pukul 12:15pm dan start operate pukul 1:30pm..
abah dibawak naik ke wad balik dlm pukul 7 lebih.
syukur abah stabil..
malam isnin tu aku jaga abah di hospital.
Oleh kerana mama kena jaga cucu sempena akak ipar aku ade interview semalam(selasa).
Aku ambik cuti dan jaga abah..
lepas operation
cian abah=(
malam tu jaga abah..
doktor ckp bagi minum air dlam 1 or 2 sudu nak bagi basahkn tekak..
setiap kali abah bangun aku bagi minum air zam zam..
mudah-mudahan abah cepat sembuh..

abah ditempatkn wad 4 org 1 bilik pas operation..
ade satu pesakit dlm bilik tu jgak,pakcik dalam lingkungan 90an
wat operation ketumbuhn dlm otak,operate usus dan tebuk kt leher..
kesian sgt tgk dia..
nasib baik ada isteri (mak cik) dlm linkungan 70-80an yg setia menjaga pakcik tu..
mungkin bila kita sakit kita nak perhatian dr org yg kte syg..
pak cik tu xboleh kalo mak cik ilang dr pandangan mata dia, mesti dia cari..
mesti dia akan panggil
"sayang...mari lah"
atau
"sayangggg..."
pada mula aku tersenyum sendiri..
walaupun mereka dalam golongan warga emas tapi masih romantik..
mak cik akan dtg ke pak cik tu sambil usap2 tangan pak cik tu untk menenangkn pak cik tu.
inilah agaknya 'cinta sampai akhir hayat' kn?
sanggup menjaga siang malam bila sakit..
sentiasa disisi..
tabik la kt mak cik tu..
mak cik tu jaga sorg..
anak2 sibuk dgn tugasan masing2...
untung pak cik tu mempunyai isteri yg begitu menyayanginya & sanggup bersusah senang dgnnya

walaupun 1 hari aku menjaga abah di hospital byk memberi impak kt driku..
betul org ckp kalo kite berada di hospital..
keinsafan dri akn timbul..
akan kte rse cepat dngn kematian..
akan kite takut untk sakit..
di hospital jugak dapat melembutkn ati yg keras bila meilhat org sakit
tanpa kita duga air mata kte mengalir bila tgk keadaan org yg sakit/kritikal..
sayu melihat pesakit2 di hospital..
mudah-mudahn mereka cepat sembuh..
sama jugak untk abah..

baru tadi dapat phone call dari mama.
abah dah boleh bangun duduk atas kerusi kusyen
abah dah boleh minum milo dh..
insha-allah petang ni abah dh boleh makan bubur..
abah cepat sembuh ye..
kuatkn semngat tau bah..
i know u r strong & u can do it!
abah kn cekal hati cm adik..hehe
petang ni lpas keja adik g kt abah ye=)

*p/s: U r the greatest dad & man i ever had! wish i could have a husband just like u=) ♥♥♥


No comments:

Post a Comment